Monday, October 29, 2018

HERV LUXE ESSENCE ADVANCE

Assalamualaikum w.b.t


Petang- petang macam ni cissa rasa macam nak share pasal HERV NATURAL SKINCARE iaitu HERV LUXE ESSENCE ADVANCE. Anyone pernah dengar produk herv? Cissa rasa produk tu tengah viral sekarang ni. Walaupun herv ni LOCAL PRODUK tapi orang cakap this brand setanding SKII dan lebih kurang korea punya produk. Yeke?


And YES!! This product memang setanding international punya produk sebabnya cissa sendiri sudah mencuba and cissa pengguna HERV NATURAL SKINCARE. Tapi petang ni cissa nak share essence dari herv je tau. Kenapa cissa suka sangat dengan essence herv ni? Korang tau kenapa? Haaaa....sebabnya dalam masa dua minggu cissa cuba essence ni, ya allah...best sesangat. Nak-nak kalau korang letak dalam peti ais pastu dap dap kat muka tu..rasa segar sangat muka ni..



Tadaaa!! Ni la essence dari herv yang tengah viral sekarang ni..


Herv essence ni kalau korang letak dalam peti ais lagi mengancam dia punya rasa...
Sejuk bakhanggggg!!! Dap dap je rasa sejuk tu boleh rasa sehingga lapisan paling dalam pastu dengan bau rosenya yang wangi semerbak bunga rose di taman menusuk lobang hidung ini. Aduhh..wangi banget sih 😍


Agak- agak terus terasa segar tak kulit muka kita ni.. Of cos la terus terasa segar muka ini apabila terkena essence herv ni and kulit kita pon takde la nampak kusam jerr. 
Dia punya ingredient pon memang torbaik. Gred A+++ gitewww....mana tak best oiii...


Nah..baca la sendiri. Nak cantik jangan malas membaca..hehe



Dah baca belom ni dia punya ingredients? Kalau tak caya boleh buka kamus google and check sendiri kelebihan ingredients yang ada dalam herv essence ni.


Haaaa...apa maciammm.. Best ke idok herv essence ni bila korang tau dia punya ingredient. Tak rasa nak cuba ke? Sumpah cissa cakap ni, memang la tersangat best HERV ESSENCE ni tau. Kalau korang rasa nak cuba, boleh je cuba yang botol kecik dulu. Dah serasi boleh la upgrade botol besar. InsahaAllah, korang takkan menyesal cuba benda ni. 
Trust me...dah cuba nanti korang mesti akan happy dan mesti melompat- lompat keriangan bila melihat kulit muka korang sihat. Jangan fikir nak kulit glowing mowing tapi tak sihat..jangan..jangan.. Tak glowing takpe, janji kulit kita sihat.. Itu yang penting!


Ok la, next entry nanti cissa share pasal kebaikan HERV ESSENCE pulak okey.
Apa lagi yang HERV NATURAL ni ada. Korang boleh click disitu. Dengan harga sekali cissa bagi tau.. Nanti kita jumpa lagi.

Bubye love..



No Telefon : +6011.3349.7139 (sms/whatsapp)





















Thursday, October 18, 2018

Cara Cissa Mengatasi dan Merawat Masalah Eczema


Assalamualaikum...


Petang- petang ni pastu hujan pulak best jugak ni minum SUSU COKLAT MAAEZkannn 😄

Apa itu SUSU MAAEZ?

Ok, susu Maaez ialah susu yang dirumuskan khas untuk rawat kulit seluruh badan.
Diformulakan dengan bahan utama Susu Kambing & Sarang Burung Walit , formula ini sangat bersesuaian antara satu sama lain kerana seperti yang kita tahu susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu dan sarang burung walit bagus untuk kulit.

Susu Maaez keluaran Sofieya Beauty khusus untuk merawat masalah kulit.. macam cissa la. Sebab cissa ada masalah kulit dibahagian kaki dan rasa gatal- gatal dibahagian tersebut (kadang garu sampai berdarah okey). Susu Maaez ni cissa start minum dari tahun 2016 kalau tak silap. Cissa bukan tak pergi klinik tau, cissa pergi tapi dapat ubat sapu macam dalam tiub tu. Tapi rasa gatal tu tetap ada dan tetap tak hilang. 

Masa tu amik susu maaez sebab orang cakap nak kulit cerah, putih, mulus amalkan mnum susu maaez. Cissa apa lagi, nak kulit putih punya pasal macam orang lain pergi la beli susu maaez tu..kononnya nak putihkan (tak putih pon tapi cerah la sikit dari dulu....hehehe). Dalam masa duk perasan nak kulit putih tu, cissa macam rasa bukan putih tau kulit cissa ni tapiiiiii kulit cissa yang rasa gatal- gatal tu dah kurang rasa gatalnya. Macam pelik jugak, makan apa erk rasa gatal tu dah kurang dan tempat gatal tu macam dah pudar sikit. Cissa bukan minum susu maaez ni satu box tau masa tu tapi ada la dalam belas- belas box jugak. Bukan minum satu box tu rasa gatal gatal tu terus takde..bukan bukan bukan!!


Haaaa..yang ni box yang first minum dulu. Sekarang ada box baru tauu...










Ok, jom kita baca apa kebaikan Susu Maaez ni :

* Meningkatkan kecerdasan minda
* Membantu mengatasi masalah kulit, ekzema, psoriasis, kudis, gatal-gatal pada kulit dan lain-lain
* Membantu memulihkan luka di kulit seperti melecur
* Mencerahkan, melicinkan dan menganjalkan kulit.
* Meremajakan dan menghaluskan kulit yang kasar.
* Mengurangkan garis halus dan kedutan di wajah.
* Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
* Memberikan tenaga dan mengekalkan kecergasan.
* Menguatkan rahim untuk persediaan kehamilan.
* Mencantikan dan menghaluskan kulit ibu dan bayi
* Memekatkan dan memperbanyakkan susu ibu.
* Membantu mengatasi masalah lemah tenaga batin
* Mengurangkan masalah keguguran rambut
* Menggunakan susu kambing iaitu susu yang terbaik didunia selepas susu ibu
* Menaikkan seri kulit wajah yang kusam

Kandungan bahan terbaik:

  • Sarang burung walit, biji aprikot, susu kambing, buah tin, delima, tomato, kurma dan madu


Cara Pengambilan :
- 1 sachet Susu Maaez dibancuh dengan air suam 150ml.
- Bagi bayi yang minum susu formula, boleh campur sedikit Susu Maaez ke dlm susu bancuhan susu formula.
- Bagi bayi yang masih minum susu badan, si ibu yang perlu minum dan khasiatnya akan turut diperolehi si anak
- Mereka yang mempunyai masalah kulit yang serius digalakkan mengambil 2 sachet sehari, waktu pagi dan malam.


New look Susu Maaez dan ada tiga perisa. Uolls suka yang mana satu :)



FAQ SUSU MAAEZ
  • Apakah fungsi Susu Maaez by Sofieya Beauty?
- Susu Maaez membantu menghaluskan dan mencantikkan struktur kulit disamping membantu merawat masalah kulit seperti gatal-gatal, ekzema, psoriasis, kudis dan lain-lain masalah kulit. Ianya juga membantu memperbanyakkan susu badan dan memberikan tenaga. Susu ini juga bagus untuk kecerdasan minda.
  • Adakah ibu mengandung boleh menggunakan produk ini?
- Ibu mengandung boleh mengambil susu ini, malah susu ini dapat membantu mengatasi masalah kulit kusam akibat alahan dan juga dapat membekalkan tenaga.
  • Adakah ibu menyusu boleh menggunakan produk ini?
- Ibu menyusu juga boleh mengambil susu ini. Khasiatnya dapat dikongsi bersama si manja. Susu Maaez dapat membantu memperbanyakkan dan memekatkan susu badan.
Bolehkah di ambil/makan bersama ubat/suplement yang lain?
- Boleh, tiada masalah. Sebaiknya dijarakkan waktu pengambilan.
  • Bolehkan susu ini diambil waktu period?
- Boleh, tiada masalah.
  • Golongan manakah sesuai untuk mengambil susu ini?
- Boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita di semua peringkat usia seawal 6 bulan ke atas.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi. kalau korang ada masalah macam cissa ni, boleh la cuba SUSU MAAEZ ni okey. Kita sebenarnya kena usaha jugak jangan duk fikir "kalau minum susu ni kompem ke gatal- gatal, parut boleh hilang ni..boleh caya kee..??" Jangan fikir macam tu tau. Mana tau susu ni sesuai dengan uolls ke kan..sebab tu apa- apa kita kena cuba kecuali kalau benda tu boleh memudaratkan korang. Bagi cissa, alhamdulillah sesuai dengan cissa. Usaha tangga kejayaan okey..hehehe 

Jika berminat untuk mencuba, boleh tekan link ni dan order disini okey 






No Telefon : +6011.3349.7139 (sms/whatsapp)













Monday, October 15, 2018

HERV BRIGHTENING OIL CLEANSER

Double cleansing ni di mana wajib dimulakan dengan oil cleanser dan kemudian pencuci muka biasa. Tu baru di panggil double cleansing. 2x teknik penyucian muka tetapi dengan oil dan foam.

DOUBLE CLEANSING ni adalah asas yang sangat sangat penting untuk dapatkan kulit bersih, sihat dan toink toink laa uolls. 

Oil cleanser ni teramat penting bagi yang betul betul nak kulit sihat. Sebab hanya dengan menggunakan oil cleanser saja dapat membuang segala jenis kotoran di dalam lapisan kulit dan segala minuak yang xmampu di tarik keluar oleh pencuci muka biasa. 😎

Nak dapatkan kulit licin berkaca persis orang Korea tanpa guna produk yg ada merkuri kena bermula dengan step asas DOUBLE CLEANSING dulu. 

Cantik dengan cara selamat ni kenalah sabar, konsisten dan ikut betul-betul stepnya. Nanti dapatlah kulit idaman uolls.

Nak selamat boleh cuba guna produk HERV ni. Ada BRIGHTENING OIL CLEANSING (cleansing oil based)

Guna dengan konsisten, 2 minggu sure dah dapat result best! Try lah




HERV Brightening Oil Cleanser

HERV NATURAL SKINCARE

HERV NATURAL

  •  Premium box ( oil cleanser + exfoliator ) RM145
  •  Oil cleasner RM79
  •  Deep and Glow Exfoliator RM69
  •  Luxe Essence Advance 120ml RM79
  •  Luxe Essence Advance 30ml RM39



 

Thursday, February 12, 2015

KENAPA RASULULLAH TIDAK MEMPUNYAI BAYANG

Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya. 
Rahmatan Lilalalmin.

Baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...

Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....

Sollu alan Nabi...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ 

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid -

ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu 

Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :

Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)

5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)

13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)

14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)

15. Mula-mula Qarin yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya Qarin tersebut.

16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)

والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Wallahua'lam...

P/S : Jika terdapat kesalahan, mohon ditegur :-)
Terima kasih kepada mereka yang menegur kesillapan saya.

CREDIT : http://kisahrasulullah.blogspot.com/

Friday, February 06, 2015

Sifat Orang Mukmin Sentiasa Bersyukur di Atas Nikmat dan Rezeki Daripada Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,
Bersyukur adalah sifat mahmudah yang dimiliki oleh orang mukmin. Sungguh banyak nikmat dan rezeki yang kita perolehi daripada Allah S.W.T. samaada kita sedari atau pun tidak.

Sudahkan kita bersyukur hari ini? Berapa kali kita bersyukur hari ini? Apa yang kita syukuri? Kepada siapa kita bersyukur? dan banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain di dalam hati mengenai syukur.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan; 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Surah Ibrahim ayat 7).

Syukur, sesuatu yang mudah untuk di katakan, mudah untuk dijelaskan, tetapi tidak mudah untuk dilakukan. Barangkali sebagian dari kita akan mengatakan, saya selalu mengatakan ‘Alhamdulillah’ kalau mendapatkan suatu kenikmatan, memang benar itulah ucapan yang  mesti kita ucapkan tanda bersyukur dengan memuji  kebesaran Allah S.W.T.

Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah S.W.T.

Nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T. kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud : "Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
(Surah an-Nahl ayat 18)

Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam fana ini.

Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya.

Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - 'hari akhirat yang kekal abadi.'
Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

1) Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.

2) Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan dari masa ke semasa.

Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:
"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih." - (Surah an-Nahl ayat 78)

Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini.
Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal).

Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya.  

Keadaan dan kenyataan ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bumi yang mati (tandus). Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan darinya biji-bijiran, maka dari (biji-bijirin) itu mereka makan. Dan Kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air, agar mereka dapat makan dari buahnya, dan dari usaha tangan mereka. Maka mengapa mereka tidak bersyukur?" (Surah Yasin ayat 33-35)



Sahabat yang dimuliakan,
Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali).

Andai kata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat.

Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit.

Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang.

Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan rasa bersalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu.

Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya.

Syukur dapat diertikan bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah S.W.T. sebagai pemberian daripada-Nya.

Jika kita terima pemberian atau bantuan daripada sahabat kita, ketika kita berhajat kepada bantuan, maka bersyukurlah kepada Allah S.W.T. yang membuka pintu hati sahabat kita untuk menyampaikan bantuan tersebut dan berterima kasihlah kepadanya kerana betapa mulia dan baik hatinya yang sanggup berkorban. Iringilah doa kepada Allah S.W.T. supaya sahabat kita itu sentiasa dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Kerana salah satu doa yang dimakbulkan Allah S.W.T. adalah doa sahabat kepada sahabatnya yang berjauhan.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah S.W.T."
(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)


Sahabat yang dikasihi, 
Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.

Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud : "Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl ayat 144)

Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya.

Oleh itu marilah kita jadikan sifat syukur ini amalan hidup kita setiap hari, basahkan lidah kita dengan memuji kebesaran Allah dengan perbanyakkan menyebut "Alhamdulillah" (Segala puji bagi Allah) kerana Nabi Daud dan Nabi Sulaiman sentiasa memuji Allah S.W.T. , firman-Nya yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Daud dan Sulaiman dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: 'Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".(Surah an-Naml ayat 15)

Kita tidak akan mampu menghitung nikmat Allah, syukurilah apa yang kita miliki, syukurilah apa sahaja rezeki daripada Allah S.W.T.samaada sikit atau banyak. Mensyukuri apa yang kita perolehi walaupun hanya sedikit akan lebih baik daripada berlimpah tapi tidak bersyukur. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sebagai insan yang pandai bersyukur. Amin.